Waktu Daftar Masuk / Keluar Rumah Rehat MARA
- Penyewaan bermula pada tarikh yang di tentukan dalam surat kelulusan. Waktu masuk
ialah selepas jam 3.00 petang sementara waktu keluar ialah sebelum jam
12.00 tengahari. Kerjasama diminta supaya penyewa keluar tidak lewat dari masa yang
ditetapkan agar penyewa baru yang akan memasuki unit tidak akan tertunggu-tunggu.
- Penyewa yang keluar melebihi waktu yang telah ditetapkan akan dikenakan penalti
sebanyak RM50.00 bagi setiap 30 minit berikutnya. Potongan akan dibuat secara potongan gaji sekaligus.
- Penyewa boleh mendapatkan kunci dari Pengawal Pusat yang bertanggungjawab pada
waktu pejabat atau dari Care-taker yang dilantik dengan mengemukakan surat kebenaran mengambil kunci.