Peraturan Menduduki Rumah Rehat MARA
- Penyewa dibenarkan memasak atau membawa masakan sendiri. Bahan-bahan untuk
memasak adalah di atas tanggungan penyewa.
- Dapur/alat-alat memasak/pinggan mangkuk mestilah dibersihkan dan hendaklah
disusun di tempat yang telah disediakan sebelum meninggalkan rumah rehat berkenaan.
- Makanan lebihan yang berbentuk bahan mentah atau yang sudah dimasak mestilah
dibawa balik atau dibuang sebelum meninggalkan rumah rehat.
- Penyewa dilarang membawa masuk apa jua jenis minuman keras serta/atau makanan
yang haram di sisi agama Islam.
- Penyewa dilarang merosakkan harta-harta MARA yang ada.
- Semua jenis perjudian adalah tidak dibenarkan.
- Penyewa diminta berjimat dalam menggunakan air dan elektrik.
- Penyewa mestilah menjaga tata susila pada setiap masa kerana kawasan ini adalah
kawasan penginapan di mana ada penginap-penginap/tuan punya rumah yang lain di
situ. Penyewa-penyewa yang melakukan kegiatan maksiat, jenayah serta perbuatan-perbuatan
yang akan mengacau ketenteraman awam, mungkin akan dikenakan
tindakan undang-undang/dan MARA tidak boleh dipertanggungjawabkan.
- Penyewa adalah bertanggungjawab di atas segala kerosakan ataupun kehilangan alatalat
kelengkapan, perabut, alatan memasak, barangan elektrik dan lain-lain semasa
menyewa. Jika terbukti penyewa yang melakukannya, bayaran kerugian akan
ditetapkan mengikut harga membaiki atau mengganti dengan yang baru. Bayaran
membaiki/mengganti boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji mengikut harga
barang yang sebenar. Senarai harga barang-barang akan disediakan.
- Penyewa-penyewa dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan ke atas
barang-barang kepunyaan masing-masing. MARA tidak akan bertanggungjawab ke atas
kehilangan barang-barang persendirian.
- Binatang-binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan rumah rehat.
- Penyewa dan tetamu diminta bekerjasama untuk menjaga kebersihan rumah rehat dan
kawasan sekitarnya.